Penafian

Maklumat yang terkandung dalam Portal Lelong ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Dalam apa jua keadaan atau kejadian LPPSA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk tanpa had, kerugian atau kerosakan langsung atau tidak langsung, atau apa-apa kehilangan atau kerosakan yang timbul daripada kehilangan data atau keuntungan atau sebarang tindakan undang-undang yang diambil timbul daripada, atau berkaitan dengan penggunaan Portal Lelong ini.

Sebelum Jualan lelong, bakal-bakal Pembeli dinasihatkan agar memeriksa dan mengenalpasti alamat Hartanah, mendapatkan pengesahan daripada Pihak Pemaju/Tuan Tanah dan/atau Pihak Berkuasa berkenaan samada ketetapan butiran Hartanah adalah betul, membuat carian hakmilik secara rasmi, mendapatkan salinan syarat-syarat Jualan daripada Pihak Pelelong dan mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak peguam.

Setakat tarikh lelong, sekiranya kebenaran (jika berkaitan) daripada pihak Pemaju/Tuan punya dan/atau pihak berkuasa berkenaan masih belum diperolehi, adalah menjadi tanggungjawab dan liabiliti Pembeli yang berjaya untuk mendapatkan kebenaran/pindahmilik (jika berkaitan) berkenaan dengan lelongan daripada Pihak Pemaju/Tuan punya dan/atau pihak berkuasa berkenaan.

Bakal Pembeli adalah dinasihatkan untuk membuat pertanyaan daripada Pihak Pemaju dan/atau pihak berkuasa berkenaan, samada hakmilik strata/individu hartanah tersebut telah dikeluarkan dan/atau samada Pihak pemaju bersetuju untuk memberi pindah milik terus atau sebaliknya, samada atau tidak hartanah tersebut dikhaskan untuk kaum Bumiputera sahaja dan/atau hartanah kos rendah/sederhana dan samada atau tidak Bakal Pembeli mampu dan layak untuk membeli hartanah tersebut, sebelum membuat tawaran.

Bagi Hartanah Bumiputera, hanya Bakal Pembeli Bumiputera atau kepunyaan firma atau korporat Bumiputera yang dibenarkan untuk membuat tawaran lelongan.

Bagi Bukan Warganegara Malaysia/Syarikat Asing/Penduduk Tetap, bakal Pembeli hendaklah mendapatkan kebenaran untuk membeli daripada Pihak Berkuasa berkenaan sebelum lelongan. Pihak Pembeli adalah bertanggungjawab memohon kebenaran untuk pindah milik daripada Pihak Pemaju/Tuan tanah atau pihak berkuasa berkenaan, jika bersesuaian.